Bengkel Tahunan Kali Kedua (TIED) Bersama UNIMAS

28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Tahunan Kali Kedua (TIED) Bersama Unimas ini telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 26 dan 27 Januari 2019. Bengkel ini telah disertai para pengurus dan penolong Pusat Internet Negeri Sembilan dan Melaka dibawah seliaan pihak Maxis. Bengkel ini telah diadakan selama 12 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang pada hari pertama dan 9.00 pagi hingga pukul 1 petang pada hari kedua.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti bagi bengkel pada kali ini ialah sesi pembentangan daripada wakil setiap pusat internet untuk membentangkan aktiviti yang telah diadakan bersama komuniti dengan menggunakan modul daripada bengkel-bengkel TIED pada sebelum ini. Pusat Internet yang telah berjaya membuat pembentangan yang terbaik telah diberikan hadiah yang berupa wang tunai setiap seorang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali