Kelas Persediaan UPKK Siri 4

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Persediaan UPKK Siri 4 ini telah diadakan pada hari Ahad 4 Ogos 2019. Kelas ini telah disertai kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 11.30 pagi.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan untuk membantu para peserta mengulangkaji 7 matapelajaran wajib bagi UPKK nanti iaitu Jawi, Ibadah, Aqidah, Adab, Akhlak, Bahasa Arab dan Sirah. Pada pertemuan siri 4 ini para peserta telah diberikan set soalan bagi matapelajaran Akhlak. Sesi kelas ini juga diselangi dengan perkongsian tips menjawab peperiksaan bagi matapelajaran Akhlak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali