Kelas Persediaan UPKK Siri 5

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Persediaan UPKK Siri 5 ini telah diadakan pada hari Ahad 18 Ogos 2019. Kelas ini telah disertai kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 4.30 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan untuk membantu para peserta mengulangkaji 7 matapelajaran wajib bagi UPKK nanti iaitu Jawi, Ibadah, Aqidah, Adab, Akhlak, Bahasa Arab dan Sirah. Pada pertemuan siri 5 ini peserta telah diberikan set soalan bagi matapelajaran Bahasa Arab. Peserta telah diajar teknik menentukan jam dan minit dalam Bahasa Arab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali