Kelas Persediaan UPKK Siri 6

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Persediaan UPKK Siri 6 ini telah diadakan pada hari Ahad 25 Ogos 2019. Kelas ini telah disertai kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan untuk membantu para peserta mengulangkaji 7 matapelajaran wajib bagi UPKK nanti iaitu Jawi, Ibadah, Aqidah, Adab, Akhlak, Bahasa Arab dan Sirah. Pada pertemuan siri 6 ini peserta telah diberikan set soalan bagi matapelajaran Aqidah. Sesi pembelajaran diadakan secara berkumpulan, di akhir pertemuan telah diadakan sesi perbincangan bentuk-bentuk soalan peperiksaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali