Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

18 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam ini telah diadakan pada hari Rabu, 17 April 2019. Program ini telah disertai oleh murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi.

Program ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet kepada para pelajar. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan, sesi penerangan kepada pelajar, aktiviti Kuiz, permainan kotak beracun dengan soalan-soalan Klik dengan Bijak dan pertandingan kreativiti membuat kapal terbang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali