eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Minggu ke 15

29 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Minggu ke 15 ini telah diadakan pada hari Jumaat 28 Jun 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 yang berumur 12 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 50 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 3.50 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti pada minggu ini ialah peserta telah diajar untuk membuat esei dalam Bahasa Inggeris. Sambungan kepada aktiviti Minggu ke  14 dahulu. Cikgu telah memberi tunjuk ajar kepada para peserta menggunakan penanda wacana dalam Bahasa Inggeris untuk memastikan esei yang dibuat mempunyai ayat sambungan yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali