eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 16

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 16 ini telah diadakan pada hari Sabtu 6 Julai 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari Tahun 6 dan Tingkatan 1 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 40 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti Matematik bagi Tahun 6 pada minggu ini ialah berkaitan dengan topik Pecahan. Para peserta telah diberikan tugasan untuk membuat Pizza membentuk nombor-nombor pecahan manakala aktiviti Sains pula ialah berkaitan dengan topik Buruj. Para peserta telah diberikan tugasan untuk melukis buruj dan menggunakan lampu suluh dan pancarkan pada dinding umpama melihat buruj pada waktu malam. Bagi Tingkatan 1, telah diadakan ujian penilaian bagi subjek Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali