Gotong Royong Pusat Internet Felda Pasoh 3

23 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Gotong Royong Pusat Internet Felda Pasoh 3  ini telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Mac 2019. Program ini telah disertai oleh komuniti Felda Pasoh 3. Program ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 4.30 petang hingga pukul 5.30 petang.

Program ini telah diadakan di kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Program ini diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar sebagai persediaan untuk mengadakan Hari Bersama Komuniti pada keesokan harinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali