Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 3

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 3  ini telah diadakan pada hari Sabtu, 23 Mac 2019. Program ini telah disertai oleh komuniti Felda Pasoh 3. Program ini telah diadakan selama 5 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Felda Pasoh 3. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet kepada penduduk setempat. Pelbagai acara yang telah diadakan melibatkan semua lapisan umur. Selain itu, telah diadakan program kolaborasi bersama pihak agensi kerajaan yang lain untuk sesi pameran dan ceramah kesedaran terutamanya isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali