Program Advokasi di Hari Bersama Komuniti PI Pasoh 4

27 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi di Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 4  ini telah diadakan pada hari Selasa, 26 Mac 2019. Program ini telah disertai oleh komuniti Felda Pasoh 4. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang.

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Felda Pasoh 4. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Internet kepada penduduk setempat. Pelbagai acara yang telah diadakan melibatkan semua lapisan umur. Selain itu, telah diadakan aktiviti kuiz untuk mengukuhkan lagi pemahaman para peserta mengenai topik yang telah dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali