Kelas Keusahawanan (Keropok Lekor Siri 2)

16 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan (Keropok Lekor Siri 2) ini telah diadakan pada hari Isnin 15 April 2019. Kelas ini telah disertai wanita dewasa  yang berumur 28 hingga 40 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda Pasoh 3. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah. Para peserta diberikan bimbingan menghasilkan keropok lekor sendiri dari segi sukatan dan harga pasaran. Selain itu juga, para peserta diberi latihan untuk membuat keropok lekor secara berkumpulan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali