eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 19

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Minggu ke 19 ini telah diadakan pada hari Sabtu 27 Julai 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 40 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Sesi pembelajaran bagi mata pelajaran matematik bagi Tahun 6 ialah mengenai topik Nisbah manakala bagi mata pelajaran Sains pula mengenai Graviti. Para peserta perlu membuat aktiviti paying paracut untuk menguji daya gravity bumi. Sesi pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik dan Sains bagi Tingkatan 1 pula ialah ulangkai tentang topik-topik yang lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali