Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 1

12 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 1 ini telah diadakan pada hari Khamis 11 Julai 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Projek ini diadakan bertujuan untuk membina hubungan silaturrahim sesama komuniti. Selain itu juga, ingin membuktikan kepada semua bahawa Pusat Internet Felda Pasoh 3 bukan sahaja menyediakan perkhidmatan internet sahaja malah mempunyai aktiviti lain yang juga sesuai untuk semua lapisan umur. Projek ini telah dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan tanah yang ingin digunakan daripada rumput-rumput liar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali