Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 3

17 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Projek Tanaman Pusat Internet Felda Pasoh 3 Siri 3 ini telah diadakan pada hari Selasa 16 Julai 2019. Projek ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan generasi pertama di Felda Pasoh 3 yang berusia dari 50 tahun hingga 60 tahun. Projek ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Projek ini telah diadakan di tanah lapang kawasan sekitar Pusat Internet Felda Pasoh 3. Projek ini kesinambungan kepada projek tanaman siri 1 dan 2 yang lalu. Aktiviti pada siri 3 ialah sesi semaian anak benih untuk pokok jagung dan penyusunan semula landskap tanaman agar nampak lebih teratur dan kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali