Bengkel Digital Marketing

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Digital Marketing ini telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 22 dan 23 Jun 2019. Bengkel ini telah disertai oleh para pengurus dan penolong Pusat Internet Negeri Sembilan dan Melaka dibawah seliaan pihak Maxis. Bengkel ini telah diadakan selama 16 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang selama 2 hari berturut – turut.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Pasoh 3. Aktiviti bagi bengkel pada kali ini ialah para peserta telah diajar mengenai kata kunci yang paling popular digunakan di untuk perniagaan atas talian dengan merujuk laman web tertentu secara percuma. Para peserta juga telah diajar untuk membangunkan laman web bagi mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Selain itu, para peserta telah diberikan tugasan untuk membuat video produk agar dapat digunakan untuk memberi maklumat produk yang dijual kepada pengguna dengan cara yang lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali