Pendaftaran Google Account dan Google Classroom

17 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pendaftaran Google Account dan Google Classroom ini telah diadakan pada hari Khamis 16 Julai 2020. Kelas ini merupakan kerjasama anjuran Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.30 petang hingga pukul 5.30 petang. Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar tingkatan 1 SMK (Felda) Pasoh 2.

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Felda Pasoh 3. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu pelajar membuat pendaftaran google account dan google classroom. Petugas Pusat Internet memberi bimbingan cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat dalam portal yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali