Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol Siri 5

12 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol Siri 5 ini telah diadakan pada hari Selasa 11 Februari 2020. Program ini dianjurkan bersama dengan Klinik Kesihatan Jempol. Program ini telah diadakan selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Program ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Internet Felda Pasoh 3. Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk memeriksa kesihatan terkini,mendapatkan ubat-ubatan dan rundingan kesihatan daripada doktor yang bertugas untuk sesi tersebut. Program ini juga memudahkan penduduk setempat tanpa perlu keluar jauh dari Felda Pasoh 3 hingga ke Bandar Seri Jempol.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali